Struk­tur Pangkalan Data

AGISwlk data ter­diri dari­pada 11 ele­men utama. Setiap ele­men ini men­gan­dungi rujukan ruang yang sama. Walaupun begitu, elemen-​elemen ini telah dis­truk­tur dalam geo­data­base mengikut aplikasi kajian dan pem­ban­gu­nan sis­tem den­gan pem­ben­tukan sebanyak 30 set data yang men­gan­dungi 162 kelas data (lapisan data), 43 jad­ual data dan beber­apa data raster dan TIN seper­ti­mana rajah berikut:

Model Pangkalan Data

Data AGISwlk dis­im­pan dalam model geo­data­base meng­gu­nakan perisian Microsoft (sebelum ini versi 2000) dan peng­gu­naan ArcSDE (Spa­tial Data­base Engine) bagi menyokong pen­storan data geospa­tial secara DBMS. Penye­di­aan pangkalan data berasaskan DBMS ini, bertu­juan menyusun dan mem­perke­mas serta men­gukuhkan struk­tur den­gan lebih dinamik serta dapat dica­pai, diu­rus, dis­e­lang­gara den­gan mudah dan berke­san menerusi proses peny­im­panan yang cekap, pen­car­ian pan­tas dan boleh diak­ses secara ber­pusat dan serentak oleh ramai pengguna.

Sis­tem Unju­ran (Spa­tial Reference)

Rujukan spa­tial meru­pakan sis­tem koor­di­nat bumi yang menen­tukan lokasi sebe­nar fea­ture dataset ter­ma­suk unju­ran peta, butir data, had koor­di­nat dan seba­gainya. Pada pem­ban­gu­nan yang lalu, data-​data AGISwlk meru­juk kepada sis­tem unju­ran RSO dan Cassini Soldner Negeri Selan­gor. Walauba­gaimana­pun atas keper­luan pem­ban­gu­nan perkongsian data dan keser­aga­man titik rujukan antara data negeri dan wilayah, GDM 2000 Cassini Selan­gor diru­juk dan digu­nakan berlan­daskan Geo­cen­tric Datum for Malaysia 2000 (GDM2000).

Imej

Sejak tahun 1995 , AGISwlk telah meru­juk dan meng­gu­nakan imej meli­batkan sum­ber IKONOS dan imej Landsat-​TM. Imej yang dis­im­pan dalam pangkalan data diper­olehi dari­pada MACRES yang mem­pun­yai 3 jalur RGB den­gan 1 res­o­lusi meter. Bagi imej IKONOS dan imej Landsat-​TM (satelit mul­ti­spec­tral) 30m x 30m res­o­lusi spa­tial. Imej diper­oleh setiap 2 tahun yang mem­bantu KWP mem­berikan gam­baran ringkas men­ge­nai peruba­han guna tanah berlaku di antara tahun. Imej dis­im­pan dan dis­truk­tur dalam set data raster dalam geo­data­base untuk keselu­ruhan Lem­bah Klang keseluruhan.

Meta­data

Meta­data Pangkalan Data AGISwlk (kini dibawah SePADU) dihasilkan mengikut for­mat ESRI, yang men­gan­dungi doku­men­tasi (kema­sukan mak­lumat) dan prop­er­ties (pen­janaan automatik).

Stakeholder